Hari ini terbaca satu link yang dishare berkenaan antivaksin oleh kawan. Dalam link tersebut, ada beberapa statement oleh ‘pakar-pakar’ yang menolak vaksin. Oleh kerana saya rajin hari ni, saya cuba lah google berkaitan statement ‘pakar-pakar’ tersebut.
Sebelum itu untuk makluman tuan-puan, dalam bidang kesihatan, pada kebiasaannya bila kita buat sesuatu kajian saintifik, rujukan yang digunakan sebolehnya dipilih sekitar 5 tahun ke belakang sahaja. Ini kerana kemajuan teknologi perubatan adalah amat pesat dan menjadikan kajian-kajian lama tidak lagi relevan dengan penemuan penemuan baru masa ini.
Apabila saya membaca sesuatu informasi terutamanya di internet, dah jadi kebiasaan untuk saya menyemak siapakah yang berkata tentang perkara tersebut terlebih dahulu. Ambil contoh screenshot dari blog ini.
1. Dr. James R Shannon - Saya jumpa beberapa blog yang mengatakan statement berkaitan anti vaksinasi tersebut dibuat pada tahun 2003. Tiada sumber asal dijumpai untuk menilai konteks ucapan beliau. Walaubagaimanapun, mengikut laman web rasmi NIH, beliau meninggal pada tahun 1994.
2. Dr. Richard Moskowitz - Doktor perubatan yang menjalankan klinik homeopathy. Untuk makluman, terdapat beberapa kajian meta analysis yang menunjukkan dengan jelas homeopathy tidak berkesan dalam perubatan. (google level of evidence dan lihat taraf kajian meta analysis)
3. Dr. W.B Clarke - pernyataan beliau dilakukan pada tahun 1909 (lebih 100 tahun yang lalu). Ia tidak relevan lagi kerana terdapat kajian-kajian baru yang lebih kuat dan kukuh.
4. Dr. Harris Coulter - Ijazah dalam Russian Studies, Masters dalam sains politik dan phd dalam bidang falsafah. Bekerja sebagai penterjemah. “I am a medical writer and medical historian who never went to medical school.”
5. Dr. Bernard Greenberg - Pernyataan beliau dikatakan dibuat pada tahun 1962 (54 tahun yang lalu). Sumber original pernyataan tersebut tidak ditemui. Peningkatan kes boleh disebabkan oleh banyak perkara contohnya seperti menggunakan teknologi atau definasi baru untuk mendaignos penyakit dan meningkatkan pengesanan penyakit di kalangan rakyat. Pernyetaan beliau perlu disahkan melalui teks penuh untuk melihat konteks sebenar kerana beliau merupakan seorang ahli statistik dan bukannya doktor perubatan.
6. Neil Z miller - Ijazah dalam bidang psikologi. Tiada satu kajian beliau diterbitkan di peer-reviewed jounal walaupun beliau menggelar diri beliau sebagai medical research journalist.
7. Barbara Loe Fisher - Ijazah dalam bidang bahasa Inggeris
8. Dr. William Hay - Pernyataan beliau dibuat pada tahun 1937 (79 tahun yang lalu). Pernyataan dibuat bukan melalui kajian saintifik tetapi adalah pendapat peribadi.
Dapat disimpulkan di sini bahawa pernyataan-pernyataan oleh ‘pakar-pakar’ tersebut mempunyai masalah seperti:-
1. Bukan merupakan mereka yang mempunyai latar belakang perubatan.
2. Merupakan pendapat peribadi dan dibuat lebih 50 tahun yang lalu.
3. Dibuat oleh mereka yang mengamalkan perubatan alternatif yang telah dibuktikan tidak berkesan terhadap penjagaan kesihatan.
Adakah sekiranya kita membaca mengenai kapal terbang, belajar mengenai kapal terbang dan bermain permainan simulasi kapal terbang sudah boleh melayakkan diri kita dianggap sebagai pakar kapal terbang?
Sekiranya tidak, kenapa prinsip yang sama tidak diaplikasi dalam bidang kesihatan?