Saya mendapat banyak pertanyaan mengenai prodok Redoxon Kids Vita Immune (Gummies) keluaran syarikat Bayer yang mengandungi gelatin dari khinzir. Sebenarnya gambar ini pernah tular sebelum ini.
0 Comments
Ramai pula yang kongsi status seorang wanita yang kehilangan adiknya akibat kanser. Melalui cerita tersebut nampak seolah-olah beliau kecewa dengan pilihan adiknya yang memilih untuk menjalani rawatan di hospital.
Saya melakukan sedikit carian berkenaan buku ini. Penulis buku ini bernama G. Edward Griffin. Beliau merupakan seorang PENULIS dan PENERBIT FILEM. Beliau memperolehi sarjana muda dalam bidang KOMUNIKASI. (1)
Saya kurang faham. Bukankah Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan proses penyampaian ilmu akan menjadi lebih luas dengan Bahasa Inggeris. Kebanyakan penyelidik kebiasaannya berupaya berbahasa Inggeris dengan baik dan mampu menilai teks dalam Bahasa Inggeris. Sepatutnya sekiranya ada pihak yang ingin menghalang penyebarannya, adalah lebih berkesan sekiranya menghalang penerbitannya atau cetakan semula. Perkara ini telah berlegar lama di internet dan baru-baru ini ia telah muncul semula di newsfeed saya. Ada pihak yang menyebarkan bahawa minuman Red Bull mengandungi semen lembu sebagai salah satu kandungan dalam minuman tersebut. Walaupun agak pelik, namun penyebarannya dengan disertakan gambar dan nama saintifik kandungan bahan tersebut dapat meyakinkan ramai.
Saya telah menerima satu mesej mengenai sejenis produk yang dinamakan Air Ajaib Akar Kayu keluaran sebuah syarikat yang menjual beberapa jenis produk kesihatan. Setelah diperiksa, produk tersebut telah dinotifikasi sebagai produk kosmetik.
Saya pasti setiap dari kita pernah dengar tentang insulin. Setiap kali perkataan insulin disebut, sudah pasti kita terbayang tentang penyakit diabetes ataupun kencing manis.
Sewaktu saya memberi ceramah berkaitan pengambilan ubat-ubatan sewaktu bulan puasa di sebuah masjid, saya telah ditanya oleh seorang pesakit tentang insulin yang diberikan kepada bapanya untuk rawatan diabetes. Beliau berasa was-was dengan status insulin tersebut kerana diberitahu oleh rakannya insulin dihasilkan dengan proses yang melibatkan khinzir. Kami percaya anda pernah terbaca artikel dan laporan akhbar yang mengatakan menghindu kentut dapat meningkatkan kesihatan anda. Artikel tersebut telah ditulis berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan saintis di Universiti Exeter di England.
Viral di laman facebook tentang perkongsian seorang ibu yang berkongsi tentang cara-cara beliau menyediakan ubat batuk yang dihasilkan dari campuran buah nanas dan madu. Campuran tersebut kemudiannya diberikan kepada anak kecil beliau. Perkongsian beliau telah disebarkan oleh ramai yang inginkan pilihan ubat batuk yang ‘bebas dari bahan kimia’ dan ‘selamat’. Namun begitu, apakah ia benar-benar selamat digunakan untuk semua terutamanya kanak-kanak atau bayi yang masih kecil?
Penggunaan ganja atau kanabis telah direkodkan dalam sumber-sumber sejarah sejak ribuan tahun yang lampau. Pada zaman dahulu, selain digunakan sebagai ubat pelali, ia juga digunakan dalam ritual-ritual keagamaan dan spiritual. Akibat dari kesan khayal ganja, penggunanya pada zaman kuno dikatakan berupaya “meramal” masa depan dan melihat perkara-perkara ghaib apabila ia digunakan sewaktu bermeditasi.
Sekarang ni banyak pulak nampak kawan-kawan share pasal kegunaan ganja yang kononnya pengharamannya disebabkan oleh agenda freemason dan illuminati. Yang lebih menyedihkan apabila post-post tersebut dilakukan oleh page-page yang nampak “Islamic” dan menunjukkan sesiapa yang anti kepada ganja seolah-olah anti kepada perubatan Islam.
|
F.H.AbadPharmacist Arkib
January 2017
Kategori
All
|